Kami di MySelimutBaby Online Shop
Membesar dalam keluarga yang besar dengan 8 orang adik-beradik menjadikan kami, si kembar, dekat kepada dunia bayi dan kanak-kanak. Selain pengalaman menjaga adik-adik sendiri, kami juga tidak lepas dengan tanggungjawab sama-sama membesarkan anak-anak saudara kami, yang sememangnya sangat rapat dengan kami. Rasa sayang terhadap si anak kecil membuka hati kami untuk meneroka peluang perniagaan dalam bidang produk barangan bayi pada suatu hari nanti.
Setelah tamat pengajian dengan Ijazah Perakaunan (Hons) daripada Management & Sciences University (MSU) pada tahun 2007, kami tidak mengambil masa yang lama untuk merancang dan membuka perniagaan kami sendiri dalam bidang mengeluarkan produk bayi. Sebagai permulaan, kami memulakan langkah dalam dunia yang penuh mencabar ini dengan menjalankan perniagaan sulaman selimut bayi. Idea bisnes ini tercetus setelah kami menghadiahkan selimut kepada dua anak saudara kami dengan nama mereka tersulam di atasnya. Melihatkan reaksi gembira mereka apabila menerima hadiah yang unik ini, kami pun bercadang untuk mencuba nasib menjual selimut dengan sulaman nama baby, lebih-lebih lagi kami juga mempunyai hobi menjahit dan menyulam. Alhamdullillah, usaha kami ini mendapat tempat di hati pelanggan kami sehingga ke hari ini.
Dalam pada masa yang sama juga, pertanyaan demi pertanyaan berkenaan jenis-jenis selimut lain seperti bedung berpelekat moden menjadikan kami lebih teruja untuk meneroka cabang baru ini. Kami mula menjalankan kajian yang terperinci mengenai bedung yang benar-benar memudahkan ibu-ibu dalam membedung anaknya dan pada masa yang sama, si bayi merasa selesa.
Pelbagai rujukan, sama ada melalui internet, buku dan bertanya kepada kaum ibu kami lakukan untuk mengeluarkan bedung berpelekat moden ini. Akhirnya kamp berjaya mengeluarkan bedung berpelekat moden yang seuai dengan budaya dan ciri-ciri tempatan. Berbekalkan modal keluarga, kami mengeluarkan bedung berpelekat moden dengan mengambil kira kualiti kain, pelekat dan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan bayi. Dengan permintaan yang semakin hari semakin tinggi, kami akhirnya mendaftarkan produk kami di bawah jenama CERDEQUETM
Baby Swappy Swaddle, produk yang menjadi kebanggaan kami, adalah khas untuk ibu-ibu yang mementingkan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi. Malah, harganya juga lebih murah berbanding produk seumpamanya di pasaran. Tidak hairanlah jika produk ini telah juga dijual oleh rakan-rakan kedai online serta teman-teman yang lain.
Kami ucapkan terima kasih atas sokongan para pelanggan kami selama ini. Kami berjanji akan mengekalkan kualiti produk dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami pada setiap masa.